Latest News

Tuesday 3 March 2015

NASIHAT MUSA KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI


TIADA yang menghalang kepada pembangunan negeri dan   pembelaan kepada rakyat jika seluruh kakitangan kerajaan senantiasa fokus, ikhlas, bersungguh-sungguh dan  berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab.

Dalam perjumpaan berkala Ketua Menteri pada Selasa lalu,YAB Datuk Seri Musa Haji Aman memberitahu demikian kepada kakitangan awam di Kota Kinabalu.

Sabah memerlukan sifat-sifat tersebut bukan sahaja datangnya daripada kakitangan awam akan tetapi juga daripada jajaran pemimpin, khususnya wakil-wakil rakyat.

Derap pembangunan tidak akan berjalan licin jika sifat-sifat tersebut tidak kental dikalangan mereka yang terlibat dengan pemerintahan.

Kerjasama antara para pemimpin dan  kakitangan awam bagaikan "aur dengan tebing" saling bantu-membantu saling memerlukan demi membela rakyat yang memberi kepercayaan kepada kerajaan setiap kali pilihan raya.

Para pemimpin dan  kakitangan awam tidak boleh mengecewakan rakyat yang memberi kepercayaan kerana jika itu berlaku, maka rakyat akan menolak dan  memilih kerajaan baru.

Amanah yang diberikan rakyat perlu dipikul dengan amanah serta bijaksana. Pendekatan kerajaan negeri adalah berlandaskan kepada integriti dan  tanggungjawab yang cukup tinggi dalam pembelaan rakyat.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh kabinet negeri antaranya YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook