Latest News

Tuesday 10 March 2015

PARTI TEMPATAN PUNCA SABAH MISKIN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman, Anifah Aman, Shafie Apdal... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan politik Sabah bahawa hanya bermula tahun 1994, parti tunjang kerajaan Bn mula menjadi tunjang kerajaan bagi negeri Sabah.

Sejak merdeka, Sabah diperintah oleh parti tempatan. Dalam tempoh 40 tahun, Sabah mengalami empat (4) kali perubahan kerajaan. Akibat faktor perubahan kerajaan inilah, Sabah menjadi miskin disebabkan pentadbiran politik yang tidak stabil sehingga masa untuk membangun Sabah dan rakyatnya diketepikan. Sebaliknya, menumpu masa untuk mempertahankan kuasa politik sahaja.

Umno yang masuk ke Sabah pada rasminya tanggal 5 September 1991, melalui pilihan raya kecil Dun Usukan, merupakan jemputan parti tempatan Usno berikutan para pemimpin Usno pada masa itu melihat, jika parti besar tidak dijemput, rakyat Sabah akan terus ketinggalan.

Bertapaknya Umno juga membuka peluang kepada rakyat Sabah menentukan pemimpin nombor satu dan dua negara kerana melalui sistem perkongsian kuasa Umno/BN, parti terbesar dan terbanyak kerusi, pemimpin parti itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menteri.

Keuntungan ketiga adalah sudah pastinya bagi rakyat Sabah yang menyertai parti tunjang kerajaan yakni hubungan langsung dengan pemimpin nombor satu negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook