Latest News

Wednesday 11 March 2015

PATI: LIM KIT SIANG MAHU MEMPERALATKAN PAIRIN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kit Siang invites Pairin to forum on Sabah illegalsb Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

HANYA beberapa tahun kebelakangan ini, Lim Kit Siang bercakap soal-soal pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Tiada dalam hansard parlimen, bahawa supermo DAP itu pernah bercakap berkaitan PATI.

Jemputan Kit Siang untuk berdialog dengan Pairin, sebenarnya DAP mahu memperalatkan Timbalan Ketua Menteri itu kerana Pairin sebenarnya cukup masak dengan PATI bermula sejak tahun 80-an lagi.

Membendung PATI bukan hanya melalui penguatkuasa. Tetapi, kerjasama perlulah ada pada semua pihak termasuk rakyat. Ini kerana, sebab musabab tertimbunnya PATI adalah kerana ada rakyat yang menjadi pelindung malah ada dikalangan rakyat kita menjadi anggota sindiket mengeluarkan IC palsu demi mengaut keuntungan.

Masalah PATI, bukan sahaja berlaku di Sabah malah di Semenanjung.

Masalah PATI Sabah sukar disifarkan jika tiada kemahuan daripada rakyat tempatan sendiri. Menumpukan atau menuding jari masalah PATI kepada kerajaan atau ahli-ahli politik tidak akan ke mana-mana jika ada rakyat tempatan yang menjadi pelindung berterusan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook