Latest News

Saturday 14 March 2015

Perbalahan Pairin Dan Harris Perlu Tamat


PEMBANGKITAN berbagai isu yang menyelubungi di antara Tan Sri Pairin Kitingan dengan Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh berhubungan dengan hak-hak Sabah perlu dihentikan.

Tiada untungnya membangkitkan perkara-perkara lalu yang sudahpun menjadi catatan sejarah kerana ianya hanya membangkitkan emosi serta masalah lain yang sensitif.

Kedua-kedua pemimpin itu, perlu bercakap berkaitan hak Sabah yang sesuai dengan hak negeri ini semasa bersatu dengan wilayah-wilayah lain ketika pembentukan negara baru pada tahun 1963.

Apa yang telah berlaku, biarkan berlaku. Yang mustahak diperbetulkan terhadap sesuatu perkara yang dianggap merugikan rakyat Sabah sesuai dengan kesepakatan dalam kerajaan yang ada sekarang.

Membangkitkan isu silam apatah lagi secara terbuka, hanya mengundang berbagai persepsi dan berkemungkinan besar dimanfaatkan oleh pihak-pihak pembangkang serta mereka yang mahu menjadikan isu-isu itu bagi tujuan politik untuk meraih sokongan.

Musim Harris Salleh sudah berlalu. Peranaan beliau sebagai pemimpin sudah tamat pada tahun 1985 apabila kerajaan dan parti yang diterajui beliau telah ditolak rakyat.

Sementara Pairin pula perlu bermuhasabah diri dan memperbetulkan tindakan-tindakan beliau apabila kehilangan kuasa pada tahun 1994 lalu walaupun parti yang dipimpin beliau masih mempunyai sejumlah kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Sabah perlu mengelak politik parokial yakni politik sempit kerana cara berpolitik demikian hanya melemahkan Sabah sendiri.

Pairin perlu berganding bahu dengan kepimpinan yang ada demi memartabatkan semula negeri dan berusaha agar supaya tidak berlaku ketegangan hubungan antara kaum dan agama kerana Sabah tidak sanggup berdepan dengan keadaan demikian. Sudah tentu seruan majoriti rakyat Sabah!

Cabaran Pairin adalah daripada pemimpin pembangkang yang bukan beragama Islam yang cuba mempergunakan agama dan kaum untuk mendapatkan sokongan politik dan ironinya, kaum yang diwakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden PBS ini adalah turut menjadi penyokong kepada gerakan pihak pembangkang dan pihak penghasut siber SSKM.

Pairin sebagai pemimpin ulung KDM (Huguan Siou) perlu memikirkan dan bertindak agar supaya kaum yang diwakili beliau tidak terjerumus kepada pihak-pihak pembangkang yang cuba mencipta huru-hara di negeri ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook