Latest News

Wednesday 25 March 2015

PERBEZAAN ELAUN GURU?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perbezaan elaun guru sehingga RM630 Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEBENARNYA kadar elaun yang menjadi pertikaian adalah elaun rumah. Guru-guru daripada Semenanjung apabila dipindahkan di Sabah diberi elaun rumah sesuai dengan kadar sewa sebuah rumah, dengan syarat guru-guru; di mana mereka ditempatkan tidak tersedia pada rumah-rumah kerajaan.

Guru-guru yang bertugas di Sabah dibayar elaun wilayah manakala guru-guru yang bertugas di Semenanjung tidak dibayar elaun wilayah akan tetapi apabila mereka ditugaskan ke Sabah, maka turut layak menerima elaun wilayah. Guru-guru yang berasal daripada Sabah, di mana sahaja bertugas akan tetap dibayar elaun wilayah.

Walaupun guru-guru daripada Semenajung itu dibayar elaun rumah, namun elaun itu tidak termasuk pendapatan atau gaji kerana elaun tersebut akan terus dibayarkan kepada tuan-tuan rumah.

Bagi guru-guru daripada Sabah yang ditukarkan ke Semenanjung pula akan menikmati elaun perumahan sesuai dengan kelayakan yang dibayar berbentuk gaji dan mereka boleh gunakan untuk berbelanja atas sebab mereka disediakan rumah-rumah kerajaan secara percuma.

Jika dilihat dengan terperinci, guru-guru daripada Semenanjung yang dipindahkan ke Sabah mendapat tambahan pendapatan berbentuk elaun wilayah. Manakala guru-guru daripada Sabah yang dipindahkan ke Semenanjung mendapat tambahan pendapatan berbentuk elaun rumah.

Kesimpulannya, gaji "take home" bagi guru-guru asal Semenanjung yang bertugas ke Sabah dan guru-guru asal Sabah bertugas di Semenanjung akan sama banyaknya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook