Latest News

Friday 20 March 2015

PERBUATAN SUKA-SUKA TERHADAP GAMBAR VIRAL SULTAN NORTH BORNEO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MOHON KDN PDRM KERAJAAN... Oleh FB Michael Frederick (screenshot)
(ii) APAKAH TINDAKAN KERAJAAN DENGAN... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)

GAMBAR  yang dimuat naik sebenarnya perbuatan suka-suka, mahu menarik perhatian dan tiada maksud politik ataupun menggugat ketenteraman negeri.

Namun, disebabkan ada pihak tertentu yang memuat naik gambar tersebut melalui laman sosial dengan ulasan sendiri dengan berbagai handaian, maka gambar yang dipasang pada kereta itu menjadi sensasi.

Gambar seperti itu, seperti juga hiasan yang bermacam seperti lambang tengkorak atau lambang semacamnya yang hanya perbuatan suka-suka.

Tiada sebarang kesalahan yang dilanggar oleh pelaku itu. Ini hanya interpretasi masyakarat bahawa melalui bunyi tulisan itu, seolah menghina Tuan Yang Terutama (TYT)Yang di-Pertua Negeri Sabah dan mendakwa adanya sultan berkerajaan sendiri di Sabah dengan gelaran 'Sultan North Borneo' atau mengenali identitinya sebagai Datu Abdul Rajak Aliuddin adalah hanya sebagai seorang ahli perniagaan biasa sahaja seperti yang dimuat naik video laman Youtube bertajuk "Businessman : I am the Sultan of North Borneo". 

Jika diperhatikan lambang singa merah berlatar belakang warna kuning tersebut, itu sebenarnya lambang asal daripada koloni Borneo Utara British yang pernah menjajah Sabah seawal tahun 1882 - 1942. Maka, ini sudah tentu dan tidak logik adanya sultan berkerajaan sendiri pada hari ini.  

Flag and badge of BRITISH NORTH BORNEO (1882-1941)

Mengikut fakta sejarah, North Borneo atau kini Sabah, sultan yang sebenarnya pernah memerintah Sabah adalah daripada kesultanan Brunei seawal kurun 15 lagi. Manakala tuntutan terhadap Timur Sabah sebagai hadiah kepada kesultanan Sulu turut gagal apabila arahan dan perintah tidak dilaksanakan oleh sultan Sulu pada ketika itu bagi membantu masalah dalaman di istana Brunei terhadap perebutan tuntutan takhta. Namun, kedegilan sultan Sulu dan bangsa Sulu terus menetap di kawasan Timur Sabah dan mengakui sudah menjadi hak milik mereka. Apatah lagi isu pajak gadai sebagai tuntutan mereka, sudah pastinya tidak terpakai dan terbatal bagi menuntut Sabah sekarang. Ini semua tertulis dalam tulisan sejarah di negara Brunei Darussalam.

Jikalaupun pihak polis mengambil tindakan dan menangkap individu itu, kesalahan yang boleh dikenakan adalah tindakan membuat gambar atau tulisan yang tidak senonoh. Namun, jika benar menggugat Sabah sudah tentu akan dikemukakan ke muka pengadilan dan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook