Latest News

Friday 13 March 2015

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) MEMANG SAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MALAYSIA AGREEMENT 1963... Oleh FB Go Addy (screenshot)

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London memang sah atas sebab itu British sebagai penjajah kepada Sarawak dan North Borneo (Sabah) mewakili jajahannya itu berunding dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, seperti mana dizahirkan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold.

North Borneo (Sabah) dan Sarawak pada masa itu, tidak dapat mewakili dirinya kerana masih dikuasai British sehingga Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Memang benar British memberikan Internal Self-Government kepada Sarawak pada 22 julai 1963 dan North Borneo pada 31 ogos 1963. Bendera Union Jack, hanya diturunkan pada tengah malam 15 September 1963 dan Bendera Jalur gemilang berkibar pada 16 September 1963.

Memang benar, bahawa gabungan empat wilayah bukannya berasaskan status "negara" kerana pada masa itu, hanya Singapura dan Persekutuan Tanah melayu sahaja yang berstatus negara. Manakala Sabah dan Sarawak hanya berstatus Internal self-government.

Sebelum 16 September 1963, Sabah dan Sarawak belum mempunyai kabinet dan kabinet hanya diwujudkan pada 16 September 1963.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook