Latest News

Tuesday 10 March 2015

PERMINTAAN WAJAR PERLU DIBERIKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah cannot just make demands Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PERMINTAAN wajar bagi Sabah yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat perlu diberikan. Apa yang kerap berlaku, apabila sesuatu permintaan itu dikemukakan dan  apabila diberikan, pelaksanaannya tidak diberikan kepada yang memintanya.

Lebih 50 tahun adalah cukup untuk meminta. Sudah tiba masanya satu pendekatan yang holistik perlu diberikan kepada Sabah bagi menentukan hala tuju pembangunan negeri dan rakyatnya.

Rakyat Sabah jangan disibukkan lagi dengan pendekatan meminta apabila sesuatu keperluan berlaku. Sebaliknya, keperluan itu perlu dituangkan melalui blueprint yang mapan dan berlaku dengan masa yang lama.

Sebagai contoh permintaan berkaitan peruntukan untuk pendidikan, pembinaan infrastruktur mahupun kemudahan asas, seharusnya kerajaan negeri tidak perlu meminta lagi sebaliknya ianya sudah termasuk dalam rangka pembangunan negara dan perlu dimasukkan dalam bajet tahunan negara.

Jika pihak persekutuan mengambil pendekatan ini, sudah tentunya, permintaan melampau seperti mana pendekatan SSKM tidak berlaku. Ini kerana mereka akan sedar bahawa permintaan mereka itu tidak akan mendapat sambutan majoriti daripada rakyat.

Kerajaan persekutuan perlu melihat keperluan Sabah kerana latar belakang penyertaan negeri melalui pembentukan persekutuan adalah kerana latar belakang negeri itu yang perlu diberi pembelaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook