Latest News

Tuesday 17 March 2015

POTENSI SABAH DAN SARAWAK NEGERI TERKAYA DI MALAYSIA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 'Sabah, Sarawak can be... Oleh Web Free Malaysia Today' (screenshot)

JIKA perundingan menjadi di antara Sabah dan Sarawak berhubungan dengan 40 peratus pedapatan bersih akan diberikan semula kepada dua negeri itu, maka perkiraan Dr. Jeffrey Kitingan bahawa Sabah dan Sarawak akan menjadi negeri-negeri terkaya di Malaysia akan menjadi kenyataan.

Pengerusi STAR Sabah itu mengambil kira debat Forum yang dimoderator oleh Menteri Luar, Datuk Anifah Aman di UMS baru-baru ini.

Dengan mengambil kira perolehan agensi persekutuan di Sabah misalnya sejak tahun 1963, diperkirakan sejumlah RM50 bilion merupakan "pendapatan" terakru Sabah yang masih berada dalam pegangan kerajaan persekutuan yang belum dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Pengembalian wang atau dana itu sungguh tepat pada masanya kerana Sabah memerlukan kewangan untuk membangun negeri bagi mengejar ketinggalan selama lebih setengah abad.

Adalah dirasakan berasaskan senario terkini, kerajaan persekutuan berkemungkinan besar akan menyalurkan "pendapatan" terakru negeri itu kepada Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook