Latest News

Monday 9 March 2015

RUMUSAN FORUM PEMBENTUKAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Laporan Ringkas Forum Pembentukan Malaysia... Oleh GPRS : Gerakan Perubahan Rakyat Sabah (screenshot) (screenshot)

MUKADIMAH Datuk Anifah Aman (Moderator) -  bahawa Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963 bukan menyertai.

Zainal Ajamain - Hormati perjanjian Malaysia. Kita sepatutnya tumpukan hak Sabah dalam IGC (Intergovernmental Committee Report) bukan Perkara 20. Daripada IGC dijadikan perjanjian Malaysia 1963. Kemudian, terbentuknya Malaysia Act 1963 (Federation of North borneo, Sarawak and Singapore and Federation of Malaya.) Maksudnya, kita diiktiraf sebagai sebuah negara. Kita bukan di bawah, kita sama rata.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Membangkitkan Artikel 8 dalam perjanjian Malaysia 1963, kerajaan Persekutuan Malaya perlu laksanakan janji-janji dan jaminan kepada Sabah/Sarawak melalui perlembagaan. Tetapi, di mana Persekutuan Malaya sekarang? Oleh Sebab itu, hak-hak kita tidak dapat dilaksanakan. Sabah/Sarawak telah menjadi negeri di bawah Persekutuan Malaya dan Persekutuan Malaya sudah menjadi Persekutuan Malaysia. Kena perbetulkan dan rujuk semula. Kita tidak puas hati kita dianggap sebagai negeri. Mereka mahu manipulate history. Tiada separa/separuh autonomi, tetapi autonomi berdasarkan Perkara 20. Sepatutnya, Sabah berhak menentukan dasar seperti kewangan/politik. Tetapi, direct interference melalui politik kerajaan (UMNO) maknanya kuasa berada di Kuala Lumpur. Kita kena duduk review dan resolve MA63 untuk memperkukuhkan Malaysia. Bentuk semula kerajaan persekutuan Malaysia yang baru bukan persekutuan Malaya yang bertopengkan Malaysia. Mahu Sabah diperintah oleh parti-parti tempatan kemudian menjadi rakan kongsi bukan di bawah Malaya.

Datuk Anifah Aman - Permulaan yg baik untuk duduk sama-sama tapi pemimpin dan rakyat sabah sendiri tidak bersatu.

Datuk Yong Teck Lee - Borneonisation dalam MA63, membangkitkan isu 'public service'. Mengaitkan dengan kes seorang rakyat sabah menyaman kerajaan kerana tempatnya sebagai guru SK di Sipitang diganti oleh pegawai dari Malaya.

Prof. Madya Dr. Bilcher Bala (UMS) - Perjanjian Malaysia 1963 dimeterai kerana isu pembangunan dan isu kedaulatan. Sabah/Sarawak tidak mampu memerintah sendiri ketika proses dekolonisasi british dan sebelum pembentukan Malaysia. Pada 31 Ogos (Sabah) dan 12 julai (Sarawak), hanya penyerahan pentadbiran sahaja diberikan dan bukannya kemerdekaan. Manakala kedaulatan masih di bawah kuasa ratu England. Dengan Sebab itu juga bidang keselamatan masih di bawah British selepas tarikh itu. Dan disokong apabila gabenor Sabah (British) hanya meninggalkan Sabah pada 15 September, malam sebelum hari pembentukan Malaysia 16 September 1963. Sabah Sarawak tiada pilihan selain menyertai pembentukan Malaysia akibat isu tuntutan oleh negara jiran. 

Masalah timbul apabila kini ada tuntutan hak fiskal Sabah/Sarawak dalam malaysia. Sedangkan 'Hak fiskal' hak persekutuan. Dan apabila Akta Malaysia terbentuk, maka Perkara 20 hilang. Tambahan lagi, Kita juga tidak memilih sistem kesatuan/unitary atau sistem konfederasi, sebaliknya kita memilih sistem persekutuan/federalisme . Bidang kewangan sepatutnya bidang kuasa persekutuan tetapi Sabah/Sarawak istimewa. Sabah/Sarawak adalah negeri dalam Malaysia tetapi tidak sama seperti negeri lain dan termaktub dalam Perlembagaan.

Tan Sri Majid Khan (Bekas Setpol Tun Fuad Stephen) - Tun ambil keputusan kita tidak bersedia untuk merdeka sendiri. Kita tiada kepakaran dan resources. The best move is to form federation. Tunku come with the idea federation of Malaysia.

Dr Zaini Osman (UMS) - Masih ramai tidak memahami konsep negara federal. Ini masalah pemahaman intelektual. Pentingnya pemimpin menerangkan maksud sebenar negara Malaysia itu kepada masyarakat. Present structure sudah ada jadi tidak perlu bising-bising di luar sana dan sepatutnya duduk bersama.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah - Perkara-perkara mikro level of the Malaysia Agreement and 20/18 point. Perlu ada badan kehakiman untuk dirujuk di mana kita ada dua (2) mahkamah tinggi Malaya dan mahkamah tinggi Sabah Sarawak. Sebagai contoh, kes Tan Sri Kasitah Gadam tidak mudah untuk dibicarakan kerana melibatkan dua tempat yangg berbeza iaitu mahkamah tinggi Malaya dan mahkamah tinggi Sabah Sarawak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook