Latest News

Thursday 26 March 2015

SARAWAK MENGAMBIL IKTIBAR PENGALAMAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman why can't you do... Oleh FB Page Bikin Panas Bah (screenshot)
(ii) Don't-mess-with-me Adenan now... Oleh Web theantdaily (screenshot) (screenshot)



SALAH satu cara agar dapat mengelak berdepan dengan masalah apabila ada contoh tauladan diambil.

Sabah dengan semangat kemanusiaan pada tahun 70-an, di mana masa itu semangat kemanusian yang dilaung-laungkan oleh dunia terutama berdepan dengan masalah pelarian, tidak kira apakah pelarian itu sama ada daripada Filipina atau Vietnam.

Negara-negara Arab, termasuk juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) pada masa itu, sanggup memberi bantuan kewangan kepada negara ini, khasnya kepada Sabah semata-mata kerana adanya keperimanusiaan itu dengan membenarkan pelarian Filipina dan Vietnam duduk sementara di negeri ini.

Sebagai rekod, pasar basah Kota Kinabalu sekarang, dahulunya dijadikan sebagai penempatan pelarian, di mana pembiayaannya ditanggung oleh UNHCR.

Malangnya, selepas pergolakan di Filipina dan Vietnam reda, semua pelarian Vietnam berjaya dihantar pulang manakala Filipina masih ada pelarian yang diberikan kebenaran tinggal melalui Pas IMM13, telah disalah guna oleh pihak-pihak tertentu. Akibatnya, sifat berperikemanusian Sabah itu, mengundang kepada malapetaka PATI.

PATI diambil peluang oleh pihak-pihak bermotifkan kewangan, dengan menjual kad pengenalan palsu sehingga RM8,000 sekeping. Namun, kepakaran dan kecanggihan aset di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat mengesan kad-kad pengenalan palsu itu.

Ketua Menteri Sarawak atau negeri Sarawak tidak berdepan dengan situasi seperti mana yang dialami oleh Sabah. Jika kenyataan Ketua Menteri Sarawak itu dilakukan pada tahun 70-an, sudah pasti beliau mendapat kutukan daripada pelbagai pihak di seluruh dunia.

Musa mewarisi sifat kemanusian Sabah itu. Beliau terpaksa berdepan dengan angkara pihak-pihak tertentu yang menjadikan PATI sebagai produk perniagaan.

Kerajaan Sabah sejak tahun 1994, secara berperingkat telah mengesan semua PATI yang mempunyai dokumen palsu. Namun, selepas ditangkap dan dihantar pulang, keesokkan harinya pula orang yang sama kembali. Namun kini, melalui ESSZONE/ESSCOM, usaha mereka yang dihantar pulang itu sukar kembali lagi kerana laut dan sempadan negeri sudah dipagar ketat dengan kehadiran pasukan keselamatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook