Latest News

Wednesday 4 March 2015

SEJARAH BATU SUMPAH


KINI terjawab sudah sejarah BATU SUMPAH Keningau. Dakwaan pihak-pihak tertentu terutama kumpulan SSKM dan pembangkang, kononnya tanpa Batu Sumpah itu, maka tiadalah Persekutuan Malaysia.

Batu Sumpah yang menjadi pertikaian itu, sebenarnya wujud selepas setahun North Borneo (Sabah) menyertai Persekutuan Malaysia, iaitu setahun selepas tepatnya 31 Ogos 1963 iaitu 31 Ogos 1964.

Kenyataan kewujudan batu sumpah itu dinyatakan oleh mantan Ketua Menteri Sabah YB Tan Sri Mohd Harris Salleh.

Sebenarnya, apa yang zahir melalui Batu Sumpah itu adalah harapan penduduk pendalaman Sabah sahaja kerana suara rakyat diterjemahkan melalui perkara 20 demikian Harris.


Menurut Harris pada Selasa lalu dalam satu acara di UMS, melalui Perkara 20 maka terwujud Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Dan daripada MA63, maka Perlembagaan Persekutuan dan Negeri telah rasmi dibuat.

Sebenarnya menurut Harris, tidak timbul "jaminan" seperti mana tertulis pada batu Sumpah itu kerana tulisan itu timbul selepas adanya perlembagaan Malaysia dan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook