Latest News

Tuesday 3 March 2015

SSKM ORGANISASI SIBER

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa mau ambil tindakan?... Oleh FB Dusun Tohuri  (screenshot)

PARA penyokong SSKM menggunakan siber sebagai medan untuk menghasut dan merekrut penyokong. Mereka kebanyakannya menggunakan akaun Fb palsu, di mana seorang ada mempunyai 5 hingga 10 akaun palsu.

Tindakan mereka seperti tindakan komunis pada masa lampau. Jika komunis bertindak menggunakan hutan, SSKM pula mengunakan alam maya.

Penggiat SSKM sebenarnya didalangi pemimpin pembangkang daripada parti kaum Cina seperti DAP dan SAPP juga daripada parti STAR. Namun, para pemimpin ini "lempar batu sembunyi tangan". Mereka tidak terang-terangan terlibat. Dananya sudah tentu ada dari agensi luar penjajah, bukankah begitu Doris? Hendak berdalih lagi, tidak mahu mengaku? Dont you think we don't know?

Soalan seterusnya, bagaimana DAP terlibat dengan SSKM? Pertemuan-pertemuan antara pemimpin DAP dan Doris Jones @ Doris Yap kerap berlaku, sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Demikian juga, para pemimpin STAR dan SAPP serta DAP terlibat semasa berlaku penahanan beberapa aktivis SSKM yang ditahan di Tuaran dan Lahad Datu pada bulan lalu. Cukup sedih anda semua dipergunakan. Terpulanglah...

Menurut pengakuan aktivitis SSKM yang ditahan, Doris Jones dijanjikan sebagai Presiden Pertama Sabah, jika Sabah berjaya keluar daripada Malaysia. Ini kebenaran dan bukan fitnah.

Kenyataan YB Datuk Jainab A. Ahmad, agar mereka-mereka ini diambil tindakan adalah wajar kerana mereka mengkhianati kepada perjuangan asas kemerdekaan negeri ini. Mereka mengkhianat kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan hak majoriti rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook