Latest News

Tuesday 3 March 2015

STAR, UPKO & DAP LEBIH RASIS BERBANDING PERKASA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sampai bila agaknya pertubuhan paling... Oleh FB Nim Yorza (screenshot)

JIKA diteliti, ianya benar parti Star, Upko dan Dap lebih rasis berbanding pertubuhan NGO Perkasa. Oleh kerana pertubuhan itu merupakan musuh utama pembangkang berikutan NGO itu dapat membangkitkan perasaan orang Melayu/bumiputera, maka ianya diwar-warkan sebagai pertubuhan rasis.

Kesilapan Perkasa hanya satu sahaja apabila Presidennya mengancam untuk membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan kalimah Allah yang diedarkan di Semenanjung. Melalui kenyataan itu, maka ianya telah di'spin'kan lagi oleh pembangkang sehingga mengakibatkan beberapa kawasan di Sabah semasa PRU-13 lalu berjaya dimenangi oleh calon-calon pembangkang.

Perkasa, sebenarnya jika sesiapa yang ingin tahu tujuan pertubuhan itu, adalah hanya untuk bumiputera atau kaum Melayu sahaja. Pertubuhan tersebut tidak menganggu bangsa lain. Pertubuhan itu hanya membangkitkan semangat dan memberi dorongan kepada kaum-kaum yang diwakilinya.

Bagi mereka yang pernah menyertai mana-mana sebarang perjumpaan atau majlis NGO itu, pasti akan tahu bahawa pertubuhan itu sama sekali tidak mengusik bangsa lain malah menghormati keharmonian kaum yang ada di dalam negara. Yang diperjuangkan adalah jangan ambil hak bumiputera/Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Hanya kerana pembangkang yang benci sangat dengan Perkasa, kerana pertubuhan itu kerap membangkitkan hak-hak bumiputera/Melayu. Ini sebenarnya, jika meneliti benar; status Perkasa dan parti-parti yang disebut di atas, Perkasa adalah bukan pertubuhan rasis.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook