Latest News

Tuesday 10 March 2015

SUMBANGAN MODAL

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SESB to remove capital contribution or... Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot) (screenshot)

SYARIKAT utiliti seperti Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), tidak akan mampu membina pencawang-pencawang pada lokasi-lokasi baru jika tidak mempunyai modal terkumpul.

Modal terkumpul (capital contribution) merupakan modal tersedia bagi membeli peralatan dengan segera, sesuai dengan keperluan permintaan.

Pencawang-pencawang baru perlu dibina sesuai dengan permintaaan pemaju atau industri. Bayangkan, jika tiada capital contribution daripada syarikat-syarikat besar ini, SESB perlu membuat pinjaman daripada bank untuk menampung kos pembinaan. Jika ini berlaku, perkiraan tarif elektrik akan lebih tinggi kerana mengambil kira faedah bank.

Sebenarnya, capital contribution tidak merugikan pemaju kerana sumbangan itu ditanggung oleh pihak pembeli. 

Dalam bil, setiap pengguna memang tercatat wang pendahuluan bagi sebarang pendaftaran dan wang pendahuluan itu boleh dituntut semula jika pengguna menamatkan langganan.

SESB, bagi memenuhi keperluan pengguna perlu berbelanja besar dan perbelanjaan besar itu hanya boleh diperolehi semula dalam jangka antara 5 hingga 10 tahun secara puratanya.

Memang benar tanpa pemaju, maka SESB tiada premis untuk memasang meter. Namun, pemaju juga kena berfikir bahawa harga hartanah mereka tidak akan menepati perkiraan mereka jika tiada kemudahan elektrik yang disediakan. Dalam keadaan ini, berlaku situasi menang-menang di mana pemaju boleh menjual hartanah sesuai dengan harga yang diharapkan dan SESB dapat memasang meter.

Dakwaan wakil rakyat DAP, agar supaya capital contribution dimansuhkan, tidak pernah berlaku di mana-mana di dunia kecuali di Libya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook