Latest News

Thursday 19 March 2015

TABURAN PENDAPATAN RAKYAT SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Khazanah Research Institue Oleh FB Page The voice of Borneo (screenshot)

PENDAPATAN seseorang akan ditentukan oleh bidang yang diceburi. Perniagaan adalah penyumbang kepada pendapatan seseorang selain bergaji secara bulanan.

Di Sabah, perniagaan atau makan gaji  belum menjadi punca pendapatan kepada rakyatnya. Sebaliknya, berkebun, bertani atau nelayan adalah faktor penyumbang.

Ukuran pendapatan antara peniaga atau makan gaji berbanding dengan petani, nelayan atau pekebun tidak boleh dibandingkan. Ini kerana jika pendapatan seorang peniaga atau makan gaji misalnya RM1000 sebulan, tidak akan sama dengan pendapatan RM500 bagi petani, pekebun atau nelayan.

Pendapatan seseorang dilihat daripada segi kecukupan dan kemampuan. Mereka yang bekerja sebagai peniaga atau makan gaji mempunyai liabiti yang panjang antaranya sewa rumah mahupun kos pengangkutan kerana mereka-mereka ini tinggal di bandar. Manakala petani, nelayan dan pekebun tiada liabiti yang panjang. 

Tidaklah pelik, seorang petani di kampung mempunyai rumah yang baik ataupun mampu dua tiga buah kereta manakala mereka yang berkerja makan gaji, walaupun lima angka namun setiap hujung bulan, sukar untuk menyimpan RM100 sebulan. Sebaliknya golongan petani yang berpendapatan RM500 sebulan, ternyata boleh menyimpan separuh daripada jumlah itu.

Pendapatan median yang ditunjukkan pada 'caption' tersebut tidak menggambarkan kesejahteraan seseorang dan sekadar statistik purata secara keseluruhan sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook