Latest News

Tuesday 3 March 2015

TARIKH SEJARAH, TAHUN KEMERDEKAAN & ULASAN FORUM "Formation Of Malaysia"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MAKE A DATE WITH JULAIHI... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot) (screenshot)

SEJARAH tetap sejarah. Tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 31 Ogos 1957. Manakala Internal Self-Government bagi Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Sabah 31 ogos 1963.

Forum yang bakal diadakan pada 7 Mac 2015 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hanya dalam bentuk perungkaian hujah, tiada apa-apa kesimpulan yang boleh diambil untuk mengubah sejarah.

Sebagai ulasan, forum itu tidak boleh membuat kenyataan atau kesimpulan baru kerana sejarah sama sekali tidak boleh diubah. Sejarah tidak boleh menggunakan interpretasi masa kini untuk perkara sejarah yang lalu. 

Sebagai catatan, apa yang ditulis dalam Fb tersebut adalah kurang tepat kerana para ahli panel yang betul adalah YB Dato Sri' Anifah Aman, Haji Ansari Abdullah, YB Datuk Seri Yong Teck Lee dan Ajamain Zainal. Manakala yang tidak tersenarai adalah bukan ahli panel. Moderator majlis itu adalah YB Dato Sri' Anifah Aman sendiri. Begitu juga dengan tujuan forum itu seperti yang ditulis dalam Fb juga adalah tidak tepat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook