Latest News

Monday 23 March 2015

TIADA SESIAPAPUN YANG TERTINDAS DI NEGARA INI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hasil termasuk cukai dipungut oleh pusat... Oleh FB Page GPRS (screenshot)

KALAU ada rakyat yang merasa tertindas, mereka itu adalah ahli politik yang gagal mendapat kuasa kerana ditolak oleh rakyat semasa pilihan raya umum.

Sebenarnya, tiada seorangpun rakyat negara ini sama ada yang berada di Sabah mahupun di Sarawak yang tertindas.

Kerajaan pada hari ini, membela rakyat dengan berbagai macam program atau projek. Rakyat yang tergolong miskin tegar dibinakan rumah PPRT, mereka yang tidak mampu beli rumah dibina PPR, mereka yang kurang sihat ke hospital kerajaan hanya membayar RM1.00, mereka yang ada anak hendak ke sekolah diberi yuran percuma, malah diberikan bantuan kewangan BR1M RM100 setiap pelajar di awal persekolahan. Kasut dan baju sekolah seragam percuma di peringkat sekolah rendah dan begitu juga buku-buku teks percuma sehingga tingkatan 6.

Jika ada pihak-pihak mendakwa adanya rakyat tertindas (dengan meminjam kata-kata orang Indonesia seperti pada gambar tersebut), orang itu sebenarnya telah BUTA PETA DAN BUTA HATI!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook