Latest News

Friday 24 April 2015

BANTUAN NELAYAN DI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Nelayan Kecewa menerima Bantuan Sara... Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot)

BANTUAN nelayan yang diperkenalkan oleh kerajaan bermaksud membantu nelayan di masa-masa tidak turun ke laut kerana masalah cuaca.

Bantuan nelayan bukan seperti gaji bulanan akan tetapi berasaskan musim.

Mereka yang dikategorikan nelayan adalah mereka yang mempunyai lesen nelayan yakni mempunyai perahu dan kelengkapan lain sebagai nelayan.

Namun apa yang berlaku, ada nelayan yang mendaftar sebagai nelayan akan tetapi tidak mempunyai syarat-syarat di atas malah turut berlaku seperti adanya sebuah perahu dimiliki oleh beberapa orang yang bertujuan untuk mengaburi mata kerajaan.

Jika ada nelayan yang tiba-tiba bantuan diberhentikan kerana pihak kerajaan mendapati bahawa ada unsur penipuan di pihak nelayan itu sendiri. Jika ikutkan peraturan, sudah tentu mereka itu boleh didakwa kerana menipu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook