Latest News

Thursday 30 April 2015

Bumburing, Jeffrey, Yong & Lajim - Kuda Menopause!


TUJUAN mereka ini, hanya mahu memanjangkan usia politik mereka. Mereka ini ibarat kuda yang sudah menopause yang tidak boleh beranak lagi tetapi berlagak sebagai kuda muda!

Khusus untuk Yong, sebenarnya Presiden SAPP hanya tinggal sebagai nama kerana hampir 100 peratus ditolak rakyat. Bagi Jeffery hanya kerana pecah undi maka boleh menang di DUN Bingkor. Bagi Bumburing pula, kerana lawannya memang benar-benar tidak boleh diterima rakyat dan Lajim menang hanya 179 undi kerana kapasiti beliau sebagai Janang Gayuh kaum Bisaya.

Himpunan  Bersih Sabah yang diketuai mereka tiada tujuan lain bermaksud politik dan cuba menghasut rakyat untuk menyokong mereka melalui kekerasan. Cara mereka bukan demokarsi akan tetapi berunsur hasutan dan paksaan. 

Pada pilihan raya, mereka bebas berkempen diberi masa berkempen dan diberi ruang berkempen. Namun mereka, hari-hari berpolitik sehingga parti yang menang dan dipilih rakyat langsung mereka tidak hormati dan tidak memberi ruang untuk memerintah sebaliknya diganggu saban hari.

Polis dan DBKK, betul dalam keputusan mereka bagi menghalang pengacau ini daripada sebarang kekacauan agar keharmonian dapat terus dijaga. Budaya ini adalah budaya pengacau yang diimport daripada Timur Tengah dan Semenanjung. Rakyat Sabah tidak memerlukannya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook