Latest News

Thursday 2 April 2015

DAKWAAN BODOH MENGENAI PERCUKAIAN GST

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabahan will be poorer because... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PELAKSANAAN GST seragam seluruh negara. Barangan yang sifar GST di Perlis, sifar juga di Sabah atau Sarawak mahupun di WP. Labuan atau Johor.

Barangan yang menggunakan pengangkutan kapal laut daripada Semenanjung tidak banyak, mungkin berkisar pada beras wangi, tepung, bawang, gula atau barangan produk tin. Manakala minyak makan, sayur-sayuran, ikan, beras tempatan, kopi, cili, tomato, kubis dan barangan keperluan asas rakyat dikeluarkan oleh Sabah sendiri adalah yang tiada kaitan dengan dasar kabotaj.

Mereka yang tidak faham dan tidak tahu mana satu barangan yang diangkut menggunakan kapal laut, berlagak tahu dan pandai seperti mana dakwaan dalam facebook ini.

Barangan yang diimport daripada Semenanjung kebanyakan barangan yang bersifat 'lifestyle', sedangkan barangan itu boleh sahaja dibeli secara terus daripada negara-negara jiran. Namun kenapa tidak dilakukan? Ini sebabnya harga yang dimport daripada Semenanjung jauh lebih murah meskipun ada dasar kabotaj, berbanding dengan mengimport barangan yang serupa daripada negara jiran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook