Latest News

Thursday 16 April 2015

DAKWAAN MENGHINA DAN MENGANCAM MUSA AMAN???! PANAS!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Unfortunately, there are people who... Oleh FB Jo Nandu (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3)
(ii) My goodness! Musa Musa... Oleh FB Christopher 'Toguk' Masudal (screenshot)

KENYATAAN bahawa Datuk Seri Musa Aman tidak dipilih rakyat merupakan satu putar belit dan fitnah kerana Musa selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Tahun 2003 semasa Tun Dr. Mahathir masih perdana menteri telah mengetuai Sabah sebanyak tiga (3) kali berdepan dengan pilihan raya umum. Pertama tahun 2004, di mana BN Sabah menang 24 kerusi Parlimen daripada 25 manakala DUN menang 59 daripada 60. Keputusan Tahun 2004 berulang pada PRU-2008 kemudian pada PRU-13 iaitu tahun 2013, BN Sabah menang 22 Kerusi Parlimen daripada 25 manakala DUN 48 daripada 60. Tiga kali PRU, Musa mengetuai kerajaan dengan kuasa 2/3 di DUN Sabah.

Kenyataan mengancam keselamatan Ketua Menteri apabila pemilik facebook berharap 'hope', agar Ketua Menteri itu terlibat dengan kemalangan jalan raya dan terus mati merupakan satu ancaman kerana tiada sesiapapun boleh menyangka atau mengawal bahawa suatu perbuatan jenayah boleh sahaja berlaku berikutan memang ada niat atau perancangan pihak-pihak tertentu termasuk pemilik facebook tersebut.

Kenyataan melalui facebook termasuk melibatkan keluarga Ketua Menteri merupakan satu ancaman jenayah dan ancaman itu perlu disiasat oleh pihak polis dengan segera.

Melihat tindakan penyokong tegar SSKM, besar kemungkinan ada pihak-pihak tersebut mempunyai perancangan untuk membunuh Ketua Menteri Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook