Latest News

Monday 6 April 2015

DATA SHERDA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tarif dan polisi bekalan elektrik... Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot) (screenshot)

DATA yang digunakan MP Sandakan itu adalah data The Self Help and Rural Development Association (SHERDA) yang mempunyai niat untuk mengambil alih SESB.

Data itu merupakan data sebelah pihak yang tidak berasaskan kepada data sebenar. Tujuan dakwaan itu adalah untuk menggambarkan bahawa SESB mewujudkan diskriminasi kepada pengguna Sabah.

Sebenarnya data yang dikemukan oleh SHERDA itu mempunyai tujuan tersirat agar pengguna terpengaruh dan akan mendesak kerajaan agar menjual SESB.

Sebenarnya, pengiraan tarif elektrik bukan sepenuhnya bergantung kepada harga minyak atau gas. Akan tetapi, banyak komponen lain termasuk jumlah pengguna, jarak serta taburan pengguna pada satu kawasan tertentu.

SESB mengamalkan sistem kos per'unit' apabila memasang saluran tenaga pada satu-satu kawasan. Setiap pemasangan mempunyai kos minima, semakin banyak pengguna pada sesuatu kawasan, maka semakin rendahlah kos sumbangan kapital. Oleh kerana pengguna di Sabah sedikit berbanding di Semenanjung, maka ianya menyumbang kepada kos sumbangan kapital yang rendah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook