Latest News

Friday 10 April 2015

DATUK JUMAT DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO BUKAN KERANA KRITIKAN DATUK SERI MUSA AMAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Umno chief suspended for calls... Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot) (screenshot)
(ii)  Menteri BN UMNO sabah hanya... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

1. KETUA Bahagian Umno Sepanggar, Datuk Jumat Idris digantung bukan kerana mengkritik Datuk Seri Musa Aman sebagai individu akan tetapi atas sebab dakwaan-dakwaan beliau yang tidak berasas terhadap parti bersama kepimpinan secara keseluruhannya.

2. Kenyataan-kenyataan MP Sepanggar itu berhubung dengan kepimpinan Umno Negeri yang bersifat hanya dakwaan dan tohmahan menyebabkan tiga (3) sayap kanan parti Umno negeri sebulat suara mencadangkan agar Ketua Bahagian itu diambil tindakan disiplin kerana jika tidak, ianya akan menjadi ikutan ahli-ahli yang lain.

3. Jumat dalam mengeluarkan berbagai dakwaan, ironinya tidak pernah disampaikan dalam sebarang mesyuarat Umno negeri atau berbincang dengan barisan EXCO Umno negeri berhubung dengan dakwaan-dakwaan beliau melalui media tempatan mahupun media alternatif.

4. Digantungnya Jumat sebagai ahli dan ketua bahagian Umno selama 6 tahun, sebagai pengajaran agar setiap pemimpin dan ahli parti perlu menghormati peraturan parti.

5. Digantungnya MP sepanggar itu sebagai ahli parti bukan kerana perjumpaan yang diketuai beliau bersama 7 Ketua Bahagian yang lain yang kemudian dipanggil sebagai G-8 tetapi berasaskan dakwaan-dakwaan yang tidak berasasnya terutama yang berkaitan dengan Datuk Seri Musa sebagai Pengerusi Umno negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook