Latest News

Monday 20 April 2015

FAKTA: KURANG PENGETAHUAN TERHADAP UNDANG-UNDANG BERKAITAN KELAHIRAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah villagers 'denied' citizenship... Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot) (screenshot)

MASALAH kurang pengetahuan berkaitan undang-undang kelahiran, bermula sebelum Sabah merdeka lagi. Oleh sebab itu, pada tahun 1970, ketua menteri pada masa itu iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun meminta Jabatan Pendaftaran Negara memasukkan satu klausa khusus untuk Sabah sahaja dengan memadai surat sumpah atau akuan berkanun untuk memohon kad pengenalan. Namun, peraturan itu telah dimansuhkan pada tahun 1984.

Untuk berdepan dengan masalah penduduk yang kurang berpengetahuan berkaitan undang-undang kelahiran ini, kerajaan menubuhkan 'Mahkamah Bergerak' untuk mengesahkan kelahiran rakyat yang tidak mempunyai surat kelahiran.

Oleh kerana kekangan masa dan keluasan daerah, maka mahkamah bergerak memerlukan masa yang panjang untuk membuat pengesahan kepada penduduk yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

Pada persidangan DUN Sabah yang berakhir pada 16 April lalu, DUN itu diberitahu oleh ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman bahawa terdapat 2,500 kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil lahir. Oleh kerana ketiadaan sijil lahir ini, maka mereka tidak dapat memohon kad pengenalan.  ADUN itu mencadangkan agar peraturan jabatan pendaftaran, klausa 51 diubah dengan memasukkan agar pegawai daerah boleh bertindak sebagai majistret kelas kedua dan diberi kuasa bagi mengesahkan permohonan sijil lahir lewat.

Dalam perkembagan yang sama, MP Penampang daripada PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana mungkin atau bakal disalahgunakan seperti mana berlaku pada awal tahun 80-an dan 90-an apabila ketua kampung diberikan kebenaran menandatangani borang HN1, iaitu borang pendaftaran jabatan pendaftaran yang digunakan untuk memohon kad pengenalan biru.

Sebenarnya, tidak benar bahawa penduduk di Sukau itu dihalang mendapatkan kewarganegaraan. Sebaliknya, mereka akan tetap menjadi warganegara tetapi cuma memerlukan sedikit masa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook