Latest News

Tuesday 7 April 2015

FAKTOR EKONOMI PENYEBAB KEMASUKAN WARGA PAKISTAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penternakan pengundi hantu dan penjahanam sabah Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

OLEH kerana tertangkapnya beberapa warga asing asal negara Pakistan yang menyalahgunakan dokumen malah ada yang mempunyai dokumen palsu, semata-mata untuk tinggal di Sabah kerana maksud berniaga. Maka dengan itu, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun mengeluarkan cadangan agar supaya setiap warga Pakistan yang datang ke Sabah diperiksa bagi tujuan lawatan mereka.

Namun, Ketua Hakim itu tidak bercakap pun berkaitan rakyat negara ini yang mempunyai etnik Pakistan.

Undang-undang negara, setiap manusia yang tinggal di negara ini antara 5 hingga 10 tahun, sudah fasih berbahasa melayu atau bahasa tertentu asal negara ini, tidak lagi mempunyai niat untuk kembali ke negara asal adalah boleh membuat permohonan sebagai rakyat atau warganegara.

Kemasukan warga Pakistan di negara ini atau negeri ini, adalah semata-mata untuk tujuan cari makan seperti mana keterangan di mahkamah yang mereka berikan.

Menurut warga Pakistan yang ditangkap itu, di Sabah senang berniaga dan senang cari duit. Kedatangan mereka hanya faktor ekonomi, tiada kaitan dengan faktor politik.

Kedatangan mereka, sama dengan berhijrahnya warga Indonesia di seluruh dunia atau bangsa Cina kerana atas faktor ekonomi.

Penerimaan warga asing sebagai warganegara adalah tidak terhad di Malaysia malah di Amerika kerap berlaku. Sebagai contoh, Duta Amerika di negara ini adalah berketurunan Cina, Ambassador Joseph Y. Yun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook