Latest News

Wednesday 22 April 2015

FAKTOR PENARIK SEMASA PRU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa PR semakin diterima Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

RAKYAT mengundi berasas kepada keyakinan pada sesebuah parti atau calon.

Selain itu, faktor persepsi dan isu semasa sebagai misalnya merupakan anggapan sesebuah parti itu menang mahupun isu-isu agama.

Kemenangan PR di parlimen Penampang dan DUN Moyog serta kemenangan DAP di kawasan-kawasan majoriti kaum Cina misalnya adalah pengaruh persepsi bahawa kononnya PR akan menang di seluruh negara. Oleh sebab itu, para pengundi tidak mahu ketinggalan melalui arus perubahan tersebut.

Kemenangan calon-calon Umno adalah atas sebab rakyat di kawasan-kawasan tersebut yakin bahawa Umno akan terus berkuasa. Dengan itu, rakyat di kawasan tersebut mahu terus menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Kekalahan calon Bn daripada parti tempatan yang bertanding adalah kerana rakyat atau pengundi di kawasan-kawasan tersebut mempunyai persepsi bahawa calon-calon yang mewakili kaum tertentu akan rugi. Jika tidak mengundi calon-calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) kerana berasas persepsi mereka, PR akan menubuhkan 'Kerajaan Persekutuan'.

Para pengundi kini, mudah sangat yakin pada persepsi berbanding realiti kerana para parti atau pemimpin mempunyai kemahiran tinggi mencipta suasana demikian. Kadar putar belit dan maklumat palsu seolah-olah benar dan ini merupakan paksi kepada persepsi tersebut.

Mewujudkan persepi melalui pembohongan merupakan agenda utama para penggiat SSKM (SSKM sebenarnya wayang daripada pemimpin pembangkang seperti SAPP, STAR dan DAP).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook