Latest News

Wednesday 15 April 2015

FITNAH LIAR TERHADAP PEMILIKAN 16 TELAGA MINYAK SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan negeri cadang ambil alih 1 telaga minyak dari Petronas Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

Dakwaan ini langsung tidak berasas, meraba-raba dan memberi komen berasaskan laporan akhbar yang tidak terperinci.

Sabah, baru berkecimpung dalam industri minyak dan gas. Sebagai pemain baru, sudah tentu kena bermula dengan yang kecil dahulu, seperti naik tangga kena bermula pada anak tangga yang pertama. 

Petronas telah mengeluarkan berbilion ringgit untuk cari gali 16 telaga minyak. Dan operasi itu, Petronas bukan keseorangan akan tetapi melibatkan syarikat-syarikat gergasi yang lain seperti Shell.

Tidak lojik dakwaan admin facebook itu bahawa setiap negeri diberikan satu telaga minyak. Dakwaan itu, memang bertujuan provokasi dan menipu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook