Latest News

Monday 20 April 2015

GERAN PER KAPITA(SEORANG)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa's best answer is to get Putrajaya Oleh FB Page Bikin Panas Bah (screenshot)

SEBENARNYA geran tersebut adalah geran per kapita (setiap seorang), iaitu berkadar RM10 setiap rakyat Sabah. 

Memandangkang rakyat Sabah berkisar pada angka 2.6 juta, maka geran tahunan daripada kerajaan persekutuan secara kasarnya pada angka RM26 juta.

Memang termaktub dalam perlembangaan bahawa pendapatan bersih kerajaan persekutuan daripada Sabah, Sabah akan diberikan 40 peratus. Namun, ada klausa yang menyatakan jumlah itu bergantung pada jumlah yang mana yang lebih tinggi. Memandangkan jumlah geran per kapita lebih tinggi berbanding hasil bersih, maka sehingga kini geran per kapita diberikan.

Pihak Anti Fitnah Sabah (AFS) telah menulis berkaitan sumbangan persekutuan kepada Sabah berasaskan angka tahun 2013. Pada tahun itu, pendapatan bersih persekutuan daripada Sabah hanya RM4 bilion namun peruntukan yang disalurkan adalah berjumlah RM8 bilion, tidak termasuk komitmen geran per kapita.

Membangkitkan isu ini akan mewujudkan satu situasi menyemak semula geran tersebut, di mana sejak tahun 1973, geran per kapita terus diberikan, tanpa melihat pungutan pendapatan persekutuan daripada Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook