Latest News

Thursday 2 April 2015

GIMIK POLITIK DAP

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Di saat projek Pan Borneo... Oleh FB Maklin Masiau (screenshot)

INI CERITANYA. Jalan yang dibina "bergotong-royong" yang dilancarkan Supermo DAP, Lim Kit Siang di Pitas hujung minggu lalu, memang laluan kampung yang dikuasai oleh pembangkang. Laluan itu,, tidak dapat disentuh oleh Kerajaan,, kerana ianya melalui berbagai tanah milik perseorangan di mana mereka-mereka itu adalah penyokong tegar pembangkang.

Al-maklum kalau pihak kerajaan membangun jalan itu, pampasan luar biasa besarnya diminta kerana memang para pemilik tanah yang terkena jalan itu tidak akan memberi kebenaran membina jalan.

Bagi beberapa orang kampung itu, sebenarnya mereka telah dipergunakan oleh pemimpin pembangkang untuk mencapai matlamat politik mereka. Namun, pada akhirnya merekalah yang rugi secara jangka panjang.

Membina jalan tanah seumpama itu, tidak akan bertahan lama. Jika datangnya hujan, maka rosaklah jalan itu. Pada masa itulah, pembangkang akan membuat isu lagi bahawa kerajaan tidak mahu membela rakyat dan membiarkan rakyat melalui jalan berkubang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook