Latest News

Friday 17 April 2015

HANYA PERSEPSI: MUSA BAPA PATI? ADA APA DENGAN LAPORAN RCI?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) menurut RCI.Ini lah dia... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii)  Ini dia bapa pendatang asing... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

RCI PATI Sabah yang telah ditubuhkan dengan laporan keputusannya sudah diketahui, tidak menyebutpun keterlibatan Datuk Seri Musa Aman.

Dakwaan pihak-pihak tertentu sebelum penubuhan RCI Pati Sabah, terutama daripada pemimpin pembangkang yang ditolak rakyat pada setiap pilihan raya ternyata semuanya auta dan didapati sebagai dakwaan yang tidak berasas.

RCI Pati Sabah sebaliknya menemui bahawa PATI yang mendapat kad pengenalan Sabah, di mana akhirnya kad pengenalan itu diistiharkan sebagai palsu adalah hasil kegiatan pihak-pihak tertentu yang bermotifkan kewangan, menipu dan berkepentingan peribadi.

Musa sebagai pemimpi kanan Umno dan kerajaan, memang menjadi sasaran berbagai dakwaan kerana mereka yang bertujuan itu hanya melemahkan kepimpinan bagi mengambil iktibar seperti perumpamaan kepada membusuknya ikan yang bermula daripada kepala.

Selepas sahaja laporan RCI Pati diumumkan dan dikenal pasti punca-punca kebanjiran PATI, Musa sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri bertindak drastik dengan membuat keputusan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR pulang setiap PATI dan mengistiharkan tindakan itu akan diteruskan sehingga Sabah SIFAR Pendatang Asing Tanpa Izin.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook