Latest News

Monday 13 April 2015

HANYA PROPAGANDA PEMBANGKANG DAN SSKM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TINDAKAN MANIPULASI POLITIK PEMIMPIN Oleh FB Tulun Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

Sejak merdeka, setiap rakyat Sabah dan Sarawak bebas masuk ke Semenanjung dengan hanya membawa kad pengenalan sebaliknya rakyat Semenanjung yang berkunjung ke Sabah dan Sarawak perlu mempunyai dokumen pasport.

Pemberian kewarganegaraan bukan sahaja terhad kepada Sabah dan Sarawak akan tetapi di seluruh negara. Sesiapa sahaja individu atau kumpulan indivdu yang memenuhi syarat untuk mendapatkan status warganegara, akan diberikan kerakyatan.

Bayangkan jika pada tahun 1970, Tun Datu Mustapha Datu Harun tidak meminta agar satu klausa dimasukkan dalam pendaftaran negara bahawa khusus untuk Sabah sahaja surat sumpah atau akuan berkanun adalah memadai untuk memohon kad pengenalan, maka jika peruntukan itu tidak dipenuhi, mungkin sebahagian besar nenek moyang atau ibu bapa kita pada hari ini, belum ada kerakyatan kerana mereka tidak mempunyai surat lahir (surat beranak) atau sekarang disebut sebagai sijil lahir.

Dalam soal pembahagian kerusi, prinsip suruhanjaya pilihan raya adalah berasaskan jumlah penduduk dan keluasan sesuatu kawasan pilihan raya. Di Semenanjung, terdapat 25 juta rakyat dengan 165 kerusi parlimen. Di Sabah dan Sarawak termasuk WP. Labuan mempunyai 5 juta penduduk dengan 57 kerusi parlimen.

Jika berasaskan penduduk, maka di Semenanjung setiap kawasan parlimen mempunyai penduduk seramai 151,515 orang manakala bagi Sabah, Sarawak dan WP. Labuan hanya 87,719 orang.

Perbezaan jumlah penduduk antara kawasan pilihan raya bagi dua wilayah itu hampir satu setengah kali ganda. N0amun, SPR melihat pula kepada keluasan wilayah dan atas sebab itu, walaupun jumlah rakyat tidak sama akan tetapi faktor keluasan kawasan, maka ianya dianggap seimbang.

Dalam soal-soal adat istiadat atau tanah, Sabah dan Sarawak adalah berhak mendapat penuh pemilikan, tiada campur tangan daripada mana-mana pihak di Semenanjung. Begitu juga dengan hak-hak Raja-Raja Melayu di Semenanjung di mana Sabah dan Sarawak juga tidak boleh masuk campur.

Soal-soal kemiskinan bukan disebabkan hak dirampas. Kemiskinan ada kaitan dengan kegiatan ekonomi. Sesuatu kawasan atau wilayah akan maju jika ada kegiatan ekonomi atau pelabur yang datang untuk melabur. Tanpa itu, kemiskian tetap menyelubungi rakyat.

Sejak merdeka, setiap rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung mempunyai hak yang sama, malah rakyat Sabah dan Sarawak diberi hak-hak istimewa dalam perkara-perkara tertentu seperti kemasukan ke institusi perguruan tinggi, hak mendapatkan biasiswa dan sebagainya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook