Latest News

Tuesday 21 April 2015

HANYA SURAT KETERANGAN BUJANG? MUSA AMAN DIFITNAH LAGI? PANASSSS!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat Filifina didakwa memasuki sabah secara haram... Oleh FB SitiPonong St (screenshot)

SURAT daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu tidak menerangkan status kerakyatan seseorang sebaliknya surat itu hanya berbentuk keterangan status pemohon apakah bujang atau sebaliknya.

Bagi maksud pernikahan, pihak perempuan meminta status pihak lelaki sebelum mengahwinkan anak mereka. Ini berkemungkinan besar, pemohon mempunyai kenalan daripada JKM bagi membuat satu surat "Kepada yang berkenaan" atau "To Whom It May Concern" berhubungan dengan status pemohon untuk membolehkan dia berkahwin. Surat seumpama itu, boleh sahaja dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Pesuruhjaya Sumpah atau wakil rakyat atau pegawai-pegawai yang diiktiraf. Namun, surat seperti itu bukanlah satu dokumen pengenalan seperti mana keperluan di bawah akta Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara.

Surat seumpama ini langsung tidak melibatkan pegawai eksekutif seperti menteri atau ketua menteri tetapi boleh dibuat oleh mana-mana pegawai kerajaan di jabatan tersebut.

Pegawai kerajaan yang membuat surat itu sebenarnya tiada obligasi berkaitan surat itu. Ianya satu surat perikemanusian yang tidak locus standi dalam undang-undang.

Sebagai ketua eksekutif, ketua menteri langsung tidak boleh dikaitkan dengan surat seperti itu kerana ianya bukan melibatkan dasar. Oleh sebab itu, pihak mahkamah tidak menerima surat seperti itu kerana ianya tidak membawa maksud undang-undang.

Alahai! Bila melihat gerak-geri pembangkang yang suka spin cerita, adakalanya melucukan juga...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook