Latest News

Sunday 19 April 2015

HIMPUNAN BERSIH SABAH


Parti pembangkang khususnya PKR dan DAP serta kelompok yang menyokong SSKM akan menganjurkan PERHIMPUNAN MAY DAY pada 1 Mei 2015 bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Kononnya, perhimpunan itu bagi membantah pelaksanaan 'Goods Services and Tax' (GST) serta Perjanjian Malaysia 1963 selain membantah isu IC palsu.

Berkaitan dengan GST, meskipun separuh daripada penduduk negara ini terkesan dengan pelaksanaan cukai itu, namun jika dikaji sebenarnya kenaikan harga barang yang berlaku bukannya kerana cukai baru itu. Sebaliknya, kenaikan harga barangan atas sebab tindakan para peniaga sendiri.

Secara praktikalnya, GST hanya 6 peratus berbanding 'Sales Services Tax' (SST) yang digantikan adalah berjumlah 15 peratus atau 16 peratus.

Merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963? Apa yang perlu dibantah berkaitan perjanjian itu? 

Berhubungan dengan IC palsu pula, jelas dan terang melalui RCI Pati Sabah bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak sindiket yang bermotifkan kewangan. IC palsu adalah satu bisnes pihak-pihak tertentu yang dapat merekrut beberapa pegawai jabatan pendaftaran yang tidak amanah.

Himpunan Bersih yang bakal diadakan pada hari cuti umum kerana diadakan di seluruh dunia sejak sekian lama untuk menyambut Hari Buruh Sedunia merupakan satu manifestasi bahawa pihak pembangkang tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat. Pelaksanaan pada hari cuti umum hanya untuk mencari peluang kerana pada hari berkenaan sudah tentu ramai penduduk beriadah ke bandar bersama keluarga bagi memanfaatkan cuti umum tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook