Latest News

Wednesday 15 April 2015

ISTILAH MENANG-MENANG ISU MINYAK SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa said the accusation by Jeffrey Oleh FB The Voice of Borneo (screenshot)

JIKA dahulu, sebarang hasil operasi minyak dan gas di Sabah, Petronas hanya membayar 5 peratus. Namun pada masa sekarang, sebarang operasi baru bukan lagi berasaskan kepada nisbah itu melainkan selain bayaran 5% dikekalkan, juga Sabah diberikan ekuiti serta diberikan kebenaran beroperasi "duplicate" apa yang dilakukan oleh Petronas. Inilah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Musa Aman sebagai keadaan menang-menang.

Projek Baja Urea Ammonia Sabah (SABAH) di Sipitang yang sepenuhnya dibiayai oleh Petronas, Sabah turut memperolehi 25 peratus ekuiti dan ini bermakna sebarang hasil penjualan kilang tersebut akan mendapat 25 peratus penuh.

Selain itu, Sabah turut mempunyai ekuiti 10 peratus di dalam Projek Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) Kimanis yang disalurkan ke Bintulu yang juga bererti sebarang penjualan atau keuntungannya, Sabah mendapat 10 peratus.

Musa yang berlatar belakang sebagai ahli perniagaan, sudah masak dalam perbincangan urusan perniagaan. Dalam sistem perniagaan, setiap pihak perlu bergerak maju. Tidak sama dengan permintaan pihak tertentu yang hanya "stick" pada angka sebenarnya angka tersebut mematikan sesuatu entiti perniagaan.

Petronas sudah berkali-kali menyatakan jika 20% royalti, mana-mana syarikat sanggup memberikan kawasan operasinya dan tidak mahu meneruskan. Jika ini berlaku, maka pemilik baru perlu menyediakan dana berbilion ringgit untuk semula mengoperasikannya. Secara bisnes yang bermatlamat kepada keuntungan, perkara ini pasti tidak akan berani melabur kerana bentuk industri minyak dan gas adalah sama dengan memancing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook