Latest News

Friday 17 April 2015

ISU KOLONI ORANG TEMPATAN DI BUKIT NENAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Antara kesukaan pemimpin BN UMNO Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KOLONI ini wujud sebelum Umno masuk Sabah lagi. Koloni seperti ini, wujud di mana-mana tempat terutama di kawasan bandar. Di mana pada mulanya diterokai oleh orang tempatan yang berhijrah dari kampung ke bandar.

Pada tahun 70-an ramai rakyat tempatan yang berhijrah ke kawasan bandar menceroboh tanah-tanah kerajaan, di mana selepas mereka mendapat perumahan murah, maka rumah setinggan yang mereka tinggalkan disewakan kepada orang asing.

Pihak kerajaan sukar menjalankan tindakan merobohkan atas sebab mereka yang tinggal di kawasan itu adalah orang-orang tempatan sendiri. Sebagai misalnya, di kawasan berhampiran atau sebelah-menyebelah dengan Taman Tun Fuad Stephens, Bukit Padang, rumah-rumah setinggan di kawasan itu seratus peratus milik orang tempatan daripada suku KDM, di mana asal mereka dari berbagai daerah yakni ada yang dari Kudat, Kota Marudu, Keningau, Kuala Penyu dan Tambunan.

Koloni di belakang RTM atau Bukit Nenas, asalnya adalah koloni seperti di Bukit Padang. Namun, kemudiannya ditinggalkan lalu kawasan itu diambil alih oleh PATI. Kini, kawasan itu sebahagian besar dirobohkan. Walaubagaimanapun, rumah-rumah setinggan yang dihuni oleh orang tempatan pula diberi peluang untuk mencari kediaman baharu, termasuk menunggu pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook