Latest News

Tuesday 21 April 2015

ISU: RUMAH PPR UNTUK SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Govt fails to build Low Cost in Sabah Oleh Blog Sabah Kini Mirror (screenshot) (screenshot) (screenshot)

MEMANG diakui bahawa berlakunya kelewatan terhadap pembangunan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah. Penyebabnya antara lain adalah masalah tanah untuk pembangunannya. Sebagai contoh, pembangunan PPR di Kepayan Ridge, Kota Kinabalu walaupun dibina atas tapak milik DBKK, namun ada pihak-pihak tertentu menghalang dan mempolitikkan pembangunan itu. Salah seorang yang mempolitikkan pembangunan PPR itu adalah ADUN Likas daripada DAP sendiri.

Masalah tapak merupakan penghalang kepada PPR berikutan pihak pemaju atau kerajaan terpaksa mencari tapak yang sesuai selain harga yang tidak mahal untuk mendapatkan tapak itu. 

Pembinaan rumah PPR bukan bermotifkan keuntungan kerana penjualannya kepada penghuni di bawah kos pembinaan.

Memang pelbagai cabaran kerajaan tempatan membina rumah-rumah mampu milik, selain rumah PPR bagi mengelak rumah-rumah setinggan berlaku.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook