Latest News

Thursday 2 April 2015

JAWATAN KETUA MENTERI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Menurut Perlembagaan Tertinggi Negara Sabah... Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot) (screenshot)

ASAS kepada pelantikan jawatan Ketua Menteri Sabah adalah sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.

Jawatan Ketua Menteri Sabah tidak merujuk kepada latar belakang agama atau suku atau bangsa seseorang itu. Perkara pokok adalah seseorang itu mesti warganegara dan bermastautin di Sabah.

Dalam sejarah Sabah, berbagai suku bangsa dan agama telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah kerana pemimpin itu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sabah, adalah negeri yang unik seperti juga Sarawak dan Pulau Pinang. Tiga negeri itu tidak mensyaratkan bahawa seseorang yang bakal dilantik sebagai Ketua Menteri mesti beragama Islam atau Melayu melainkan hanya berasaskan kepada sokongan majoriti ADUN.

Musa merupakan seorang warganegara, di mana bapanya datang ke North Borneo sebelumpun North Borneo menyertai Persekutuan Malaysia, juga ibunya merupakan etnik dusun, entik asal North Borneo.

Jika benarlah Musa memilih sebagai berbangsa Melayu, ertinya beliau berfikiran besar kerana sebenarnya Nusantara ini termasuk dalam kepulauan rumpun melayu. Hanya mereka yang cetek akal, tidak mahu digolongan dalam kumpulan besar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook