Latest News

Tuesday 28 April 2015

KELUHAN ASMA ITU MEMANG BETUL!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JAMAWI JAAFAR JANGAN MELALAK... Oleh FB Asma Hadson (screenshot)

DALAM situasi infrastruktur, jangan bandingkan antara Semenanjung dengan Sabah kerana keadaannya memang bagaikan langit dan bumi. Kekurangan infrastruktur bagi Sabah adalah atas sebab negeri di bawah bayu itu lambat merdeka juga kerana kurangnya aktiviti ekonomi yang penyumbang kepada bantutnya pembinaan infrastruktur.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom menulis hanya merujuk di Semenanjung, iaitu Kajang dan Permatang Pauh. Jamawi mempersoalkan bagaimana ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail boleh berkhidmat kepada rakyat pada dua kawasan yang berbeza sedangkan dua (2) kawasan itu dipisahkan jarak lebih 400 kilometer. Sebenarnya, kenyataan Jamawi itu hanya merujuk kepada fizikal seseorang wakil rakyat yang tidak mungkin berada pada kawasan yang berbeza pada satu kawasan. Ertinya, memilih Wan Azizah bagi kawasan Permatang Pauh di mana bakal mengundi pada 7 Mei 2015 merugikan rakyat sama ada DUN Kajang atau Parlimen Permatang Pauh.

Sebenarnya pada sebarang pilihan raya, mengundi calon pembangkang memangpun tidak akan dapat berkhidmat dengan rakyat kerana mereka itu bukan kerajaan. Mereka tiada peruntukan untuk membela rakyat, mereka hanya tahu bising-bising.

Dalam keadaan Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh dan dalam masa yang sama masih ADUN Kajang, jika pengundi Permatang Pauh masih memilih Presiden PKR itu, ini bererti pengundi di kawasan itu tidak mahu pembelaan daripada segi pembangunan atau ekonomi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook