Latest News

Friday 10 April 2015

KENYATAAN DOLAK-DALIK WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YB says Pairin should give... FB Terrence A Siambun (screenshot)
(ii) Moyog reo calls for Pairin... Oleh Web The Rakyat Post (screenshot) (screenshot) (screenshot)

Jika berlaku banjir, para pemimpin pembangkanglah yang paling depan membidas kerajaan kerana kononnya tidak bertindak mengatasi punca banjir.

Begitu juga dengan berlakunya kekurangan air atau krisis air, para pemimpin pembangkanglah yang awal-awal membidas kerajaan kerana tidak membuat perancangan penyediaan air bagi kegunaan rakyat.

Tan Sri Pairin selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur yang bertanggungjawab terhadap rakyat majoriti dan demi kepentingan rakyat secara jangka panjang, perlu membuat perancangan jangka panjang kerana diperkirakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pada tahun 2030 akan berlaku krisis air di seluruh dunia kerana akibat pemanasan global.

Empangan air Kaidun yang melibatkan tidak lebih 600 penduduk yang tersebar di beberapa kampung, namun empangan itu memberi manfaatkan kepada lebih 1.5 juta rakyat.

Sifat pemimpin pembangkang lebih mengutamakan penderitaan rakyat majoriti, sedangkan penduduk seramai 600 orang itu akan mendapat manfaat selepas mereka dipindah kerana akan diberikan kemudahan rumah bagi meneruskan kehidupan di tempat yang baru berbanding dengan kedudukan dan keadaan sekarang.

6. Pemimpin pembangkang, cemburu, kerana kerajaan membela rakyat majoriti, di samping menaikkan taraf hidup rakyat atau penduduk yang terlibat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook