Latest News

Thursday 2 April 2015

LALUAN LEBUH RAYA PAN BORNEO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PM Perjelas Rasional Lebuh Raya... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

LEBUH RAYA PAN BORNEO (TRANS BORNEO), memang laluannya hampir sama dengan laluan yang ada, cuma ianya ditambahnilai dan dijadikan banyak lorong. Selain itu, ianya dijalankan pengubahsuaian seperti meluruskan, menambah 'lorong berhenti' sesuai dengan piawai lebur raya. Juga di beberapa kawasan, dibangunkan jalan baharu sebagai contoh, jalan raya yang termasuk dalam projek Pan Borneo itu adalah laluan baru daripada Penampang/Donggongon ke Papar.

Memang pada masa ini, ada laluan daripada Sabah ke Sarawak tetapi laluan jalan raya yang bentuk dua hala sahaja. Apabila Pan Borneo dilaksanakan, jalan raya itu mempunyai sekurang-kurangnya dua lorong setiap sehala.

Tujuan penambahan lorong dan tambahnilai 'upgrade' adalah untuk keselesaan pemanduan dan mengurangkan kesesakan serta kemalangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook