Latest News

Monday 13 April 2015

MENGAPA SABAH DAN SARAWAK MASIH SIMPANAN BN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah dan Sarawak dikatakan menjadi... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

RAKYAT majoriti Sabah dan Sarawak masih dibelakang Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN sekaligus Presiden Umno.

Hanya melalui Perdana Menteri ke-6, Sabah dan Sarawak benar-benar mendapat keutamaan atas sebab itu sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kepada Dato' Seri Najib Razak berterusan supaya beliau dapat meneruskan program dan agenda pembangunan Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Datuk Seri Salleh Tun Said semasa merasmikan Mesyuarat Bahagian Umno Kota Belud menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak masih merupakan simpanan Tetap BN adalah mencermankan perasaan beliau dengan mengambil kira perasaan akar umbi.

Sebagai Ketua Bahagian wakil rakyat, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri serta Speaker Dewan Undangan Negeri, Salleh mempunyai akses kepada keadaan akar umbi berbanding Mantan Perdana Menteri yang cuma mempunyai akses di peringkat atasan.

Dalam pilihan raya berdemokrasi, setiap parti yang sah adalah bebas bertanding untuk mendapat sokongan daripada rakyat, termasuk parti-parti yang berpakat dalam Pakatan Rakyat (PR). Hanya rakyat majoriti yang menentukan, mana parti yang mereka suka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook