Latest News

Thursday 16 April 2015

MUSA BERKATA DALAM ISTILAH BISNES

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ada heran kah? Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DALAM istilah bisnes tidak mungkin atau mustahil Petronas dalam masa ini boleh membayar 20 peratus royaliti kepada Sabah atau Sarawak atau Terengganu. Ini disebabkan, syarikat minyak negara itu mempunyai komitmen dengan rakan kongsinya seperti Shell atau Murphy Oil. Jika kadar 20 peratus dipersetujui, maka sepanjang masa perjanjian kerjasama Petronas terpaksa top-up bayaran kepada rakan kongsinya dan dengan keadaan demikian, syarikat itu senantiasa tiada baki keuntungan untuk tujuan pelaburan semula.

Petronas berulang kali menyatakan jika kadar royaliti 20 peratus diminta, syarikat tidak lagi berdaya maju di kawasan Sabah dan Sarawak. Maka, untuk itu adalah lebih baik syarikat itu meninggalkan operasinya.

Operasi cari gali minyak dan gas memerlukan modal berbilion, di mana hanya syarikat yang besar sahaja mampu melakukannya. Jika Sabah dan Sarawak mengambil alih, kemungkinan boleh akan tetapi modal kapital yang diperoleh berdepan dengan kadar faedah yang amat tinggi.

Musa dalam perbincangan dengan Petronas berbincang berasaskan pendekatan bisnes, di mana keadaan perbincangan disepakati dalam situasi menang-menang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook