Latest News

Tuesday 14 April 2015

PANAS! ISU BERKISAR DENGAN 1MDB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pemimpin BN-UMNO ramai yang akan di dakwa dan di penjara selepas kalah PRU akan datang Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

Kenyataan Tun Dr. Mahathir hanya berkisar pada isu 1MDB, jika didapati adanya salah laku terhadap perjalanan syarikat itu.

Kenyataan mantan Perdana Menteri itu, tiada kaitan dengan isu lain umpamanya seperti isu kad pengenalan untuk PATI di Sabah kerana isu tersebut telahpun ditubuhkan RCI PATI Sabah yang dilaksanakan melalui mahkamah dengan telus dan jelas.

Tidak benar untuk isu-isu lain bahawa ada yang mengamalkan rasuah kerana pihak SPRM mempunyai kuasa khas menangkap sesiapa sahaja dan mendakwanya di mahkamah jika berlaku salah laku rasuah, tanpa mengira siapa yang memerintah.

Bagi isu 1MDB, Tun Dr Mahathir membayangkan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan maka para individu yang terlibat dengan pengurusan itu bakal ditahan dan didakwa serta berkemungkinan besar dituduh bagi penyalahgunaan kuasa. Perkara ini tidak pelik kerana pernah suatu ketika sebelum ini, kes seorang CEO Sime Darby pernah didakwa kerana salah guna kuasa.

Kenyataan Tun Dr Mahathir bukan ditujukan kepada orang politik sahaja akan tetapi para individu yang terlibat dengan isu 1MDB dengan syarat, jika ada yang didapati menyalahgunakan kuasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook