Latest News

Monday 27 April 2015

PANDANGAN PERIBADI DATUK SERI SALLEH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Don't be 'kurang ajar', Salleh... Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot)

MEMANG Datuk Seri Salleh Said Keruak merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNs), Timbalan Pengerusi Umno Sabah dan Ketua Bahagian Umno Kota Belud.

Pandangan beliau melalui blog bukan bermakna pandangan parti atau kerajaan akan tetapi pandangan peribadi beliau.

Tulisan-tulisan beliau yang mempersoal kepimpinan Tun Dr. Mahathir masa lalu termasuk mendedahkan kelemahan-kelemahan yang berlaku sepanjang 22 tahun pemerintah mantan Perdana Menteri itu hanya berasaskan kepada fakta bertulis dan sudah diketahui umum.

Yang membuatkan Robert Phang memanggil Salleh sebagai "kurang ajar" atas sebab mantan Ketua Menteri  Sabah itu gagal melihat atau gagal membuat penafsiran sumbangan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun. Robert Phang, seseorang yang terkenal dengan sumbangannya kepada rakyat Malaysia mahupun antarabangsa sangat terkilan apabila sumbangan seseorang seperti Tun Dr. Mahathir gagal dilihat oleh Speaker DUN Sabah itu.

Tulisan-tulisan Salleh yang menyokong Perdana Menteri kerana kritikan mantan Perdana Menteri itu cenderung kepada pembangkitan isu-isu lampau berbanding menjawab pertanyaan-pertanyaan mantan Perdana Menteri itu.

Menurut Phang, adalah budidaya warga Malaysia untuk menghormati orang tua dan jika ada masalah adalah lebih baik berjumpa dengan orang tua untuk meminta penjelasan. Akan tetapi, Datuk Seri Salleh memilih kenyataan awam untuk membidas mantan Perdana Menteri itu.

Dato' Seri Najib, yang mendapat kritikan pedas daripada Tun Dr. Mahathir bukan tidak boleh membalas namun mengambil pendekatan berhemah walaupun kritikan yang diterima beliau tersangat pedas.

Robert Phang mempersoalkan apakah sokongan Salleh terhadap Dato' Seri Najib dengan cara demikian bakal diambil kira oleh Najib? Ini kerana Najib merupakan daripada keluarga yang beradab dan tahu sopan santun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook