Latest News

Wednesday 15 April 2015

PELINDUNG PATI???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kononya Sabah tidak pernah gagal Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)
(ii) PBS yang pernah menjadi pembangkang Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)
(iii) Untuk apa Jabatan Ketua Menteri Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

Sejak 4 Disember 2014, sebaik sahaja tindakan kerajaan negeri MEMBURU, MENANGKAP dan MENGHANTAR pendatang tanpa izin, terbukti ramai rakyat tempatan terutama para peniaga menjadi pelindung kepada PATI.

Para peniaga ini sanggup menjadi mata dan telinga kepada PATI malah menyembunyikan para PATI yang bekerja dengan mereka.

Sejak tindakan kerajaan itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Musa sendiri, ramai sudah para majikan rakyat tempatan dihadap di mahkamah dan didapati bersalah.

Selagi ada rakyat tempatan melindungi para PATI, selagi itu tindakan kerajaan bagi SIFAR PATI tidak akan dicapai.

Di kawasan tertentu yang dikuasai oleh para penyokong SSKM, para PATI masih bebas bergerak kerana para penyokong SSKM ini juga turut menjadi mata dan telinga para PATI. Alahai!

Tujuan para penyokong SSKM ini melindungi PATI sebenarnya untuk menggagalkan tindakan kerajaan kerana menurut mereka, jika kerajaan berjaya mewujudkan SIFAR PATI, maka tiada lagi isu yang mereka boleh putar belitkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook