Latest News

Monday 20 April 2015

PENTADBIRAN MUSA...SABAH MAJU BERSAMA PERSEKUTUAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Belum kira yang lain-lain... Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

SEBENARNYA Sabah terus maju bersama Persekutuan Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Musa Aman. Faktor-faktor yang dibincang dan dipersetujui semasa pembentukan persekutuan pada 16 September 1963 sebenarnya telah diambil kira oleh kedua-dua pihak, baik kerajaan negeri mahu persekutuan. Oleh sebab itu, Sabah tiada niat atau rancangan atau cadangan untuk membincangkan faktor-faktor yang dipersetujui yang terkandung dalam Perkara 20.

Kerajaan Sabah dan Persekutuan terus melangkah ke depan dengan membersihkan negeri ini daripada mereka yang sepatutnya tidak berada dalam negeri ini. Namun, kerajaan berdepan dengan berbagai rintangan termasuk daripada rakyat tempatan sendiri kerana menjadi pelindung kepada pendatang asing (PATI), termasuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Sejak pengumunan RCI PATI Sabah pada 3 Disember 2014 yang lalu, saban hari ada sahaja rakyat tempatan dihadapkan ke mahkamah kerana melindungi PATI.

Sabah dan kerajaan Persekutuan akan meneruskan tindakan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI sehingga Sabah benar-benar sifar PATI.

Bagi mencegah kemasukan PATI, kerajaan telah menubuhkan ESSCOM/ESSZONE sebagai benteng hadapan di Pantai Timur Sabah.

Selepas penubuhan itu, ianya pasti menghalang penjenayah PATI menyusup masuk. Namun kini, terbongkar pula bahawa penjenayah sebenar yang berada dalam negeri ini adalah orang-orang tempatan sendiri, di mana mereka melakukan kes curi dan rompakan serta sanggup membunuh.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook