Latest News

Friday 17 April 2015

PERBANDINGAN GST ANTARA NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rahman Dahlan membandingkan GST malaysia dengan kenya. Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)
(ii) Ini dia bapa pendatang asing.Yang maju di Sabah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)




MALAYSIA hanya melaksanakan GST bermula 1 April 2015, negara terakhir di rantau Asean. Dikatakan sebagai negara terakhir atas sebab negara kecil Brunei Darussalam yang hanya berpenduduk kurang daripada 500 ribu penduduk namun kaya-raya tidak akan bakal melaksanakan sistem percukaian.

Di antara negara Asean, kadar GST negara merupakan yang paling terendah.

Sistem percukaian GST merupakan sistem percukaian yang dikira seimbang kerana sebelum sistem percukaian baru itu hanya 63 ribu syarikat di negara ini sahaja yang membayar cukai. Manakala lebih 250 ribu syarikat hanya mengumpul keuntungan sendiri tanpa memulangkan satu sen pun kepada kerajaan.

Kerajaan memerlukan wang untuk menjana ekonomi, pasukan keselamatan, membina infrastruktur jalan raya, bangunan, menyediakan hospital, sekolah-sekolah dan prasarana infrastruktur yang lain yang wajib diperlukan rakyat namun para peniaga sungguh selesa dengan hanya menumpu kekayaan.

Boleh dikatakan semua keperluan asas rakyat di negara ini adalah barangan sifar GST. Ini bererti jika dilihat daripada segi itu, GST sebenarnya menguntungkan rakyat.

Mengapa GST seolah-olah membebankan rakyat? Sebabnya, peniaga barangan tanpa GST membuat keputusan sendiri dengan menaikkan harga barangan meskipun kos memperoleh barangan tersebut daripada sumber pertama yang tidak berubah. Sebagai misalan, harga timun di peringkat ladang, harga tidak berubah. Namun, apabila sampai di pasar raya akan dinaikkan dengan kadar rata-rata sebanyak 10 peratus. 

Ini bermakna tanpa GST pun, harga barangan akan tetap naik kerana kenaikan harga barang ditentukan oleh para peniaga. Kenapa dengan harga yang dinaikkan barangan masih dibeli? Sebabnya, rakyat Malaysia masih mempunyai permintaan dan kemampuan membelinya.

Sejak tahun 2006, harga barangan terus meningkat dengan drastiknya walaupun tiada GST. Dengan kenaikan harga itu, para peniaga mengaut keuntungan luar biasa tanpa mengembalikan sedikitpun kepada kerajaan.

Dato' Abdul Rahman Dahlan yang sedang melawat Kenya, memberi pengalamannya berkaitan GST atau VAT (Value Added Tax) di Kenya. Kenya adalah negara di Afrika yang termasuk sebagai negara miskin namun mengenakan VAT sebanyak 16%.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook