Latest News

Thursday 23 April 2015

PERSEPSI NEGATIF TERHADAP 1MDB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenikan tarif elektrik serta gst 6%... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

AKIBAT masalah yang melanda 1MDB, maka setiap pertambahan bagi keperluan mengumpul pendapatan negara dikaitkan dengan hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Persepsi negatif terhadap 1MDB begitu hebat sekali sehingga sungguh meruncingkan Perdana Menteri.

Sebenarnya GST yang dikenakan untuk bayaran elektrik pada satu level tertentu bertujuan mengurangkan pemakaian tenaga oleh pengguna selain satu cara menambah pendapatan negara.

Negara perlukan tambahan pendapatan untuk keperluan pembinaan infrastruktur, keperluan asas rakyat dan sebagainya.

Negara tiada cara lain mendapatkan kewangan hanya melalui percukaian yang efisien. Negara tidak boleh melakukan perniagaan. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan menubuhkan 1MDB dengan sumbangan modal RM1 juta. Namun, apa yang boleh dilakukan oleh syarikat bermodalkan RM1 juta? Oleh sebab itu, syarikat itu membuat pinjaman sehingga RM42 bilion dan salah satu perniagaannya adalah membina Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi maksud mengurangkan tarif elektrik di negara ini.

Operasi 1MDB adalah operasi jangka panjang, sehingga 30 tahun ke hadapan namun hanya baru berumur 6 Tahun, telahpun dipersoalkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook