Latest News

Thursday 23 April 2015

PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN: Isu Tanah Adat Di Kg Benang, Sugut

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tanah ADAT Diceroboh di Kampung... Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot) (screenshot) (screenshot)

DALAM usaha membasmi kemiskinan bagi penduduk kampung itu, kerajaan bertindak melalui pendekatan menang-menang, di mana satu syarikat yang ingin melabur dalam penanaman kelapa sawit sanggup menanam seluas 5,000 ekar dan kemudian memberikan ladang tersebut kepada penduduk kampung yang terlibat.

Sebagai ganti kepada pelaburan itu, kerajaan telah meluluskan seluas 20,000 ekar kepada syarikat tersebut untuk tujuan penanaman kelapa sawit.

Tanah seluas 20,000 ekar itu bukan milik tetap syarikat akan tetapi hanya berbentuk tol untuk tempoh tertentu dan selepas itu tanah tersebut akan kembali kepada kerajaan. Manakala tanah seluas 5,000 ekar yang diberikan kepada penduduk pula berbentuk geran komunal.

Penduduk yang dipindahkan ke kawasan 5,000 ekar tersebut dijamin pendapatan mereka kerana kelapa sawit yang ditanam sudah memberi hasil.

Sebaliknya, membiarkan tanah itu tidak diusahakan sebenarnya merugikan negeri dan penduduk sendiri.

Malangnya, penduduk yang dipetik oleh blog tersebut adalah salah seorang yang enggan berpindah ke lokasi baru yang telah ada tanaman kelapa sawit tanpa diketahui apa alasan sebenar.

                                                        Nunung Ajip, 57                      sumber: Sabahkinimirror

Jadi, pihak pembangkang apa lagi terus spin ceritalah...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook